May 20, 2014

Tips murah rezeki

Hi semua.

Dah lama tak menaip. Rindu serindu-rindunya pula. Insyaallah mulai hari ini akan konsisten menulis, paling tidak 3 kali seminggu. Boleh ke boleh? Ya, saya boleh.

Hari ini nak kongsi tips murah rezeki. Baru tadi dengar semasa kuliah zuhur. Sangat-sangat bermanfaat dan menyentuh tangkai jiwa. Saya cadangkan bagi yang banyak menghadapi masalah dalam hidup, e.g. suami-isteri, kesempitan kewangan, anak nakal dan sebagainya, untuk belajar praktikkan tips ini mulai sekarang. Ya, sekarang.



Siap sedia?

Sebelum itu menjadi impian semua orang nak kaya. Siapa tak nak? Dunia akhirat. Kalau boleh nak suami soleh, rumah besar, kereta besar, duit banyak, pakaian cantik kan. Berita gembira, Allah suka hambaNya yang kaya dunia (bagus kewangan, keluarga dan kedudukan) dan kaya akhirat (beriman sebenar-benarnya). Jadi tak salah berimpian ya.

Mari saya bongkar rahsianya.

[Ibrahim:31]
Pertama, banyakkan solat dan sedekah. Lazimkan solat rawatib sebelum subuh, zuhur, asar dan selepas maghrib, isyak. Tambah lagi solat taubat, hajat, istikharah tiap-tiap hari. Tambah lagi solat dhuha 4-8 rakaat. Banyak? Lazimkan dan anda akan terkejut dengan rezeki yang mula tak henti-henti melimpah ruah masuk. Janganlah lalu kotak derma, anda masukkan RM1 sahaja. Tak menjadi!

Prinsipnya senang. Anda berkira dengan Allah, Allah lagi berkira dengan anda. Anda pemurah dengan Allah, Allah akan bersikap maha pemurah dengan anda. Anda kena mula percaya perintah Allah di surah Ibrahim ini. Percaya tapi tak buat macam mana? Buat tapi berkira? Tak ke itu tanda anda masih ragu-ragu dengan janji Allah?

Lepas ini lalu je kotak derma, keluarkan note paling besar anda ada, niatkan sungguh-sungguh ini untuk kedua ibu bapaku, untuk keluargaku, untuk perniagaanku, Bismillah..masukkan duit dengan penuh yakin. Insyaallah anda yakin, Allah semakin yakin memberi nikmatnya.




Boleh ke boleh? Itu saja dulu. Tahniah, anda kaya dan Berjaya. Cakap pada diri sendiri, you are a millionaire.

-Hanna

No comments:

Post a Comment