Showing posts with label berniaga. Show all posts
Showing posts with label berniaga. Show all posts

June 2, 2014

Sharing : Belajar di sekolah

Kali ini saya kembali untuk berhuhahuha lebih lama. Takut tak?

Sebelum ini saya ada berkongsi pengalaman saya bekerja sambilan di Giant sebagai Cashier. Ya pelajar 13A SPM ini telah sudi merafak sembah untuk melukut di gantang sana menimba ilmu dan pengalaman orang kebanyakan. Boleh baca di link ini.


 
 
Di entri kali ini saya nak cerita kisah saya di sekolah menengah dulu. Mana dulu, KGV atau Samura?

Bagi saya fikir. Jap.

Jap.

Jap.

KGV lah.Sekolah campur pertama saya. Hi semua yang tak tahu saya. Saya ini orangnya pemalu. Tapi handal menulis sebab itu blog ini sangat sangat ekslusif sebagai tempat saya bercerita bak penglipur lara. Dekat luar tak ada maknanya. Saya memang pemalu. Kalau my sisters tengok gambar-gambar lama kami, mesti semua tergelak sambil tunjuk gambar saya yang senyum malu memandang kamera. Jadi bila masuk sekolah KGV yang campur sebati lelaki perempuan, susah. Hadoi. Kalau dengan perempuan saya malu sekali ganda, dengan lelaki 10 kali ganda. Minggu pertama persekolahan saya berjalan tunduk pandang lantai. Tak tipu. Tak percaya cuba tengok kalau ada kesan calar kat mana-mana tiang/dinding KGV itu semua kerja saya. Ok ini lawak. Alah gurau pun tak boleh. Cuba senyum sikit :)

 

Belajar memang senang. Kacang. Takda riak apa tapi itu hakikatnya. Exam Geografi saya belajar semalamam sampai jam 12mlm, tidur, esok rileks je ambil ujian dapat score 96/100. Bila dah besar boleh berfikir luas sikit baru saya rasa sangat-sangat bersyukur Allah bagi otak yang senang nak masuk, keluar, masuk, keluar.

Lawan saya bukan orang Melayu. Saya tumpukan pada pelajar Cina dan India yang semangat belajarnya luar biasa sikit dari pelajar Melayu. Ada menang, ada kalah. Yang pasti di akhirnya kami masih berjabat tangan dan membalas senyum.

Kalau tak silap masa kegemilangan saya ialah masa tingkatan 2 dan 3. Masa itu belajar macam minum air. Senang dan mudah. Saya selalu rasa pelik dengan kawan-kawan yang alami masalah kesukaran belajar..result tak gempak..cikgu ajar tak faham..pelik, pelik.

Paling saya berterima kasih ibu saya yang selalu spot check malam-malam tengok saya belajar atau ponteng tidur. Ini hanna, pelajar paling rajin di rumah lah. Homework terbaik, nota terbaik. Warna-warni!


Walaupun agak pemalu tapi saya sangat minat bersukan olahraga. Memang awesome! Bayangkan dari sekolah rendah dah dapat anugerah Olahragawati terbaik, takkan nak berhenti..lagipun memang minat habis sukan olahraga. Saya lari tak lah laju macam kilat, tinggi pun tak berapa tinggi, boleh lah sikit-sikit.


 
Masuk tingkatan 3 saya mula pandai bermain dengan tepung dan mentega. Tambah serbuk koko sikit jadilah muffin coklat. Kadang-kadang tebal muka bawa ke sekolah bagi kawan rasa. Bila semua berebut rasa, perasan jadi femes sekejap. Yelah orang sudi makan air tangan kita.

Percaya tak percaya oven masa saya tingkatan 3 tu masih saya gunakan hingga ke hari ini untuk jualan biarpun dah dekat 10 tahun usianya. Oven baru dibeli masih mengada-ada, sikit rosak. Ini masih di bengkel sudah 3 minggu merajuk agaknya tak nak balik rumah.

Hujung minggu ni nak kena pujuk boyfriend saya yang kedua tu. Si oven baru. Marilah pulang rumah. Boyfriend pertama sudah tua tak larat nak marah.

Tak faham tak apa. Yang penting saya sendiri geli hati.

May 27, 2014

Tips : Mula Berniaga II


 
Hi.

Dah baca Tips yang pertama? Kalau belum klik sini. Kalau sudah kita nampaknya bersetuju yang bisnes bukanlah untuk orang yang nak hidup biasa-biasa. Bisnes yang biasa, sekadar lepas belanja sebulan. Oh tidak, tidak. Satu sahaja bisnes yang saya nak cadangkan di sini ialah bisnes yang luar biasa. Jualan sebulan RM100K. Setahun RM1Mil.

Sekarang tips kedua. Adakah anda bersedia? Sedia!

Tips kedua. Cari Mentor. Seseorang yang boleh bimbing anda dari A-Z. Takkan anda nak berpandukan trial and error sepanjang hidup berbisnes? Banyak contoh bisnes di luar, dari pelbagai jenis dan saiz yang telah menjadi luar biasa. Bisnes seperti itu sudah tentu ada layout dan spec yang telah ditentukan yang perlu diikut sepanjang masa oleh pekerjanya. Ya, termasuklah marketing dan production.




Mentor ini boleh jadi dari bidang perniagaan anda atau tidak, cth. En. Azzam Sabtu untuk bidang konsultan dan motivasi bagi anda yang ada syarikat konsultansi. Syaratnya ada tiga.

Pertama, mentor yang anda pilih itu mestilah dah ada bisnes yang berjaya. Kita tak nak tersalah pilih orang yang lingkup tapi pura-pura jutawan. Hampeh.

Kedua, mentor yang anda pilih itu mestilah dah bantu orang lain berjaya. Supaya kita yakin yang apa yang diajarkannya berkesan dan proven success.

Ketiga, mentor yang anda pilih itu mestilah dah berjaya atau lagi patut, seorang jutawan.


 

Keempat dan paling penting, mentor yang anda pilih itu mestilah sudi ajar anda. Kalau anda aim Donald Trump sekalipun kerana kehebatannya tapi kalau dia sendiri tak pandang anda macamana nak menuntut ilmu tu.

Habis sudah tips kedua. Bakal menyusul tips ketiga. Selamat mencari mentor!
 

May 22, 2014

Tips : Mula Berniaga I

Hi. Selamat hari Jumaat. Rasa macam sambut hari raya pula. Mana taknya kawan-kawan alumni seminar DAO (Dr. Azizan Osman) dari semalam mengingatkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan hari ini. Pahala melimpah Allah nak bagi, orang ego sahaja akan rasa 'tak heran'. Saya tahu, pembaca saya semuanya bijak bestari lagi cepat dari saya, entah-entah dah habis baca Surah al-Kahfi pun.

Cakap pada diri sendiri, 'You are awesome'.

p.s. Jangan lah terkejut. Memang saya akan gunakan pendekatan yang saya dah saya belajar di sini. Jadi ya, anda pun kena buat. Buat je takda sapa nampak..kalau pemalu sangat anda tak akan belajar apa-apa.


Sekarang mari kita tengok apa tips untuk mula berniaga.

Pertama, anda kena tahu satu perkara yang SANGAT penting. Kita hidup di dunia ni memang pakai duit. Anda perlu duit. Tetapi untuk hidup selesa di dunia ini, saya cakap terang-terang anda kena ada duit yang banyak. Kejap, kejap. Saya ada terdengar suara negatif tengah berbisik-bisik. Diam sekejap semua, bagi saya dengar. Oh..suara itu cakap,

'Materialistiknya..'

'Tiada duit pun boleh hidup bahagia lah..'

'Orang kaya semua kedekut..sombong..'

Suara ini semua sebenarnya ialah anda. Anda terlalu bersangka buruk terhadap duit. Akak abang, duit ialah kurniaan Allah. Makhluk macam manusia, padanya ada kebaikan dan keburukan.

Anda tengok, bayi perlu duit untuk beli susu, ibu perlu duit untuk beli keperluan rumah, ayah perlu duit untuk bayar yuran sekolah anak. Mari kita mula melihat dunia ini secara realistik, boleh? Cakap pada diri sendiri, 'Anda kaya dan berjaya'.


 
Pembaca yang dikasihi, bila anda perlu duit, bukan bermakna anda materialistik. Maaf saya cakap, banyak antara kita mentalitinya berperasaan buruk pada duit tapi sepanjang dia hidup sehingga sekarang duitlah yang dicarinya. Untuk kes begini saya katakan duit takkan pernah cukup dalam hidupnya. Sebab dia menganggap duit punca masalah, duit pun tak suka datang dekat dia. Hello, duit pun makhluk. Dia berzikir sama seperti batu dan pokok.

"What you expect is what you get." Tentu anda pernah dengar.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, Allah berfirman

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.”
(Muttafaqun ‘alaih)
 
 
Konklusi point pertama saya ialah, anda perlu terima hakikat bahawa duit itu perlu. Dan dalam jumlah yang banyak. Dan..langkah pertama anda kena buat ialah tukar perasaan anda kepada duit, dengan merasakan benda-benda positif terhadap duit. Boleh ke boleh?
 
Lain kali saya ceritakan tips yang kedua pula. Beri tepukan pada diri sendiri. Cakap, 'Anda kaya dan berjaya'.