Showing posts with label ombre. Show all posts
Showing posts with label ombre. Show all posts

April 21, 2014

Sharing : Belajar dan bakeri

Hi semua.

Kalau diingatkan balik saya rasa zaman belajarlah waktu yang paling lapang dan seronok dibandingkan dengan zaman bekerja dan berkahwin. Ha saya belum berkahwin tapi saya agak saja. Saya ingat lagi dalam 5 hari itu mesti ada sekurangnya sehari dua tiada kelas. Sebabnya waktu menyusun jadual kelas saya akan cuba memuatkan kelas-kelas dalam hari yang sama. Hari kosong itu saya tidur dan berehat sehabisnya. Maklumlah saya ni bukanlah rajin sangat melainkan ada yang beri motivasi. Memang pemalas!

Bila dah jadi orang bekerja ni baru saya teringatkan zaman belajar yang super rileks dan alangkah baiknya kalau saya sudah mula berniaga bisnes kek dan cupcakes sejak dulu. Apatah lagi bahan-bahan bakeri sangat mudah didapati bahkan di kedai runcit biasa atau supermarket. Harga sangat murah tau. Bayangkan frosting untuk salut kek tu harganya cuma USD$1 sahaja. Cake mix pula USD$1 kalau tengah sale harga menjunam USD$0.79!




Lagipun bakeri adalah benda biasa dalam kehidupan orang di sana. Maksud saya bukan bakeri ala Baker's Cottage atau King's tapi bakeri café yang penuh dengan kek yang cantik-cantik, cupcakes yang pelbagai warna dan jenis itu.





Padahal saya ni memang minat baking jadi bila tak memanfaatkan peluang sepenuhnya rasa rugi pulak. Jika tak boleh saya beli baking pan, ingredients yang bukan main eksotik, murah pula tu dan bawa balik Malaysia. Simpan stok.

Sesampai saya di Malaysia saya tidak terus mendapat kerja. Susah! Graduan luar negara pun terpaksa menganggur 9 bulan sebelum takut-takut menerima kerja di syarikat swasta. Itulah saya. Bukan apa JPA mengikat graduan tajaannya setahun selepas grad sebelum melepaskannya kerja dengan sesiapa pun. Jadi dalam tempoh 9 bulan menganggur tu saya ingat saya hot stuff. JPA berebut nak tawar kerja. Maka saya jadi tak bijak dengan tak memohon apa-apa kerja. Memang bijak!

4-5 bulan duduk di rumah menghabiskan beras dan kuah, ibu saya mula bising. Lebih kepada mengamuk. Menasihati saya jadi produktif. Tak dapat kerja berkaitan bidang, kerja part-time jadi lah. Jangan asyik menghabiskan beras ibu saja, kiasnya.

Part-Time

Dan saya mengheret kaki ke Giant Terminal One. Apply jadi cashier terus dapat. Maklumlah Matematik Tambahan A1 SPM. Tersengih saya tengok kakak HR tu pandang slip SPM saya lama-lama. Segan lah. Sempat saya pesan jangan bocor rahsia pada pekerja lain, nanti malu saya.

Bila orang buat bodoh pada saya, saya diam tak mahu membalas. Bila orang curi duit mesin saya, saya diam tak mahu menuduh yang bukan-bukan. Bila customer tengking saya, saya diam malas nak jadi bodoh macam dia. Tapi di belakang saya menangis dan sedih.

Orang mula mengambil kesempatan atas imej naif yang saya tampil. Jaga korang! Saya doakan korang dapat hidayah. Takut tak?

Terbongkar

Saya bukan lelaki

Dan menjelang bulan terakhir saya sebagai cashier, rahsia yang saya simpan rapi terbocor. Ramai pekerja dah tahu saya ni graduan luar negara. Pelajar kejuruteraan. Result SPM saya boleh buat mata berpinar kononya. Mulai saat itu ramai mula menghormati saya. Respect saya. Cakap baik-baik dengan saya. Sapa segan-segan dengan saya. Untuk apa bertopeng? Tak perlu!

Bulan seterusnya saya berhenti kerja dengan penuh kesyukuran atas pengalaman dan ilmu yang sangat berharga ini. 4 bulan kerja sebagai orang biasa dan tengok apa norma masyarakat yang saya lihat? Mereka menilai seseorang melalui kerja/taraf pendidikan. That is how sad most of our people are.

Next entri saya akan kongsi benda lain pula. Jumpa lagi.
 

April 9, 2014

All about Cakes!

Hi. It has been super long since I last updated something here. Sooooryyyy. It is either I was too busy with work, or baking, or just deluded that I was busy with both.

So I am here to make up all that and please promise me to come back again? (:

And don't forget to visit my Facebook page https://www.facebook.com/hannamahatstudio and like it.

To order (cakes, cupcakes etc) please text me at 01129703644. Thank you.

 

 RM85
 
 
 
 RM85
 
 
 
 RM45
 
 
 
 RM85
 
 
 
 RM35
 
 
 
 RM55
 
 
 
 RM35
 
 
 


RM35
 
 
 
RM55
 
 


February 13, 2014

Senarai Jualan

Bismillah.

Akhirnya the official flyer untuk tahun 2014 - insyaallah tahun penuh rezeki buat @hannamahatcakes

Apa lagi, browse yang mana satu pilihan anda dan order sms/whatapp/weechat 01129703644





And thanks to @uhlaladesign yang bertungkus lumus menyiapkan flyer yg penuh ceria dan cantik sampaikan ramai puji melangit bila tengok.

Till then, ta!