Alhamdulillah. Akhir April 2014 saya sempat menghadiri sesi Bangkit Berniaga yang terakhir tahun ini di MITC, Melaka. Sebenarnya saya baru sahaja tahu kewujudan sesi BB dua, tiga hari sebelum seminar dan buat keputusan hadir. Yelah lagipun FREE dan dekat dengan Seremban. Tapi yang sedihnya tiada yang menemani. Masing-masing ada hal jadi saya ke sana seorang diri. Sedih memang sedih. Sudahlah saya terbangun lewat, seminar pula akan mula jam 8pagi. Jam 8pagi pula saya masih di rumah di Seremban, baru nak bersiap-siap. Pasti saya lewat!
Jadi saya menghasut diri sendiri untuk tidak hadir. Dah lewat pun nanti masuk tengah-tengah program banyak pula ketinggalan. Saat ini saya tidak tahu yang ada biawak yang besar hidup sebagai parasite dalam diri saya. Biar benar!
Hujah punya hujah, saya katakan pada diri sendiri alang-alang dah daftar tu pergi sajalah. Tak rugi apa. FREE pula tu. Jadi sudut positif dalam diri saya semakin positif. Tak mahu fikir panjang nanti biawak makan jalan, saya terus siap dan mula memandu masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan.
'Kat mana nak daftar ye?' Saya tanya pada seorang lelaki gaya macam gedik-gedik, senyum bukan main manis, pipi kembung macam Anita Sarawak. (Tak baik kan tapi memang saya pun pelik dengan lelaki tu)
'Kat sana ya', jawab lelaki tu tersenyum lebar. Mesra sungguh.
Habis daftar, saya pun masuklah ke dewan. Penuh. Sesak. Dalam 2000 orang pun ada. Terpaksalah saya duduk barisan paling belakang. Paling tak tahan, dewan menjadi panas sebab ramainya manusia di dalamnya.
Apa yang berlaku sepanjang program tidak akan saya ceritakan. Tak tahulah nak kongsi bagaimana. Yang pastinya dalam perjalanan balik ke Seremban saya menangis dan menangis.
Tak percaya? Percayalah..!
No comments:
Post a Comment