May 30, 2014

Panduan Bahan : Telur





Telur adalah antara jantung pemakanan orang Malaysia. Sup, mee, nasi, kek, kuih, ayam goreng, semuanya mengandungi telur!

Dalam pembuatan kek saya tak mungkin dapat hasilkan kek yang sedap tanpa telur. Di dapur Hanna Mahat Cakes, kami memecah, memukul ratusan telur seminggu dan akan bertambah di masa akan datang.

Bagi kami memilih telur yang berkualiti sangat penting. Kami berpegang pada prinsip yang telur yang berkualiti tidak semestinya telur yang besar. Orang kata Gred A. Ayam yang dijaga dengan baik tanpa dipaksa-paksa untuk bertelur biasanya akan menghasilkan telur Gred B atau C. Cuba tengok ayam kampung. Telurnya putih, kecil molek sahaja saiznya. Tapi bila dipecahkan kuning telur bukan main besar lagi. Tanda si ibu ayam yang sihat.

Bagaimana telur digunakan?

Dalam satu-satu resipi kek biasaya 2-4 biji telur akan digunakan. Kandungan telur yang berprotein membolehkan tepung, gula, minyak melekat dan mengunci poket-poket udara. Inilah yang menyebabkan kek naik, set dan tidak mendap.


 
Jika digunakan untuk membuat inti pie atau kastard, telur dapat menghasilkan campuran yang pekat dan berkilat yang akan tetap bentuknya bila dibakar. Telur juga menamba warna dan lembap ke dalam resipi. Jika diasingkan dari kuning telur, putih telur yang dipukul laju boleh dijadikan chewy meringue dan kek tanpa tepung.

Senang cerit tiada dapur yang tidak menggunakan telur!

Tips:

 
  1. Jangan tinggalkan telur yang sudah dipukul terlalu lama. Sekali sudah dipukul, telur boleh kehilangan udara yang terkumpul semasa proses memukul tadi. Akibatnya kek boleh menjadi mendap dan tidak naik. Pastikan anda menyediakan bahan-bahan segera, dan memastikan oven sedia untuk digunakan bila adunan siap.
  2. Sangat-sangat penting untuk menggunakan bekas yang bebas dari minyak untuk memukul telur kepada meringue. Sebarang minyak atau lemak akan menghalang telur dari kembang bila dipukul.
  3. Jika anda selalu mengasingkan kulit telur yang tak sengaja termasuk dalam adunan, saya cadangkan anda pecahkan telur dalam mangkuk berasingan. Dengan cara ini pasti kek anda bebas kulit telur. Bayangkan tetamu anda menjamah sekeping kek anda dan merasakan sesuatu yang keras rangup. Ew.
  4. Telur adalah terbaik digunakan pada suhu bilik untuk memudahkan proses kimia menggabungkan komponen-komponen bahan terikat. Keluarkan telur dari peti sejuk sejam sebelum digunakan.
  5. Jauhkan telur dari bau yang kuat seperti bawang, pencuci baju dan sebagainya. Cadangan saya simpan sahaja telur dalam kartun originalnya yang direka khas bukan sahaja untuk melindungi telur bahkan untuk menyerap bau kuat dari sekeliling.

Semoga bermanfaat!

May 27, 2014

Tips : Mula Berniaga II


 
Hi.

Dah baca Tips yang pertama? Kalau belum klik sini. Kalau sudah kita nampaknya bersetuju yang bisnes bukanlah untuk orang yang nak hidup biasa-biasa. Bisnes yang biasa, sekadar lepas belanja sebulan. Oh tidak, tidak. Satu sahaja bisnes yang saya nak cadangkan di sini ialah bisnes yang luar biasa. Jualan sebulan RM100K. Setahun RM1Mil.

Sekarang tips kedua. Adakah anda bersedia? Sedia!

Tips kedua. Cari Mentor. Seseorang yang boleh bimbing anda dari A-Z. Takkan anda nak berpandukan trial and error sepanjang hidup berbisnes? Banyak contoh bisnes di luar, dari pelbagai jenis dan saiz yang telah menjadi luar biasa. Bisnes seperti itu sudah tentu ada layout dan spec yang telah ditentukan yang perlu diikut sepanjang masa oleh pekerjanya. Ya, termasuklah marketing dan production.




Mentor ini boleh jadi dari bidang perniagaan anda atau tidak, cth. En. Azzam Sabtu untuk bidang konsultan dan motivasi bagi anda yang ada syarikat konsultansi. Syaratnya ada tiga.

Pertama, mentor yang anda pilih itu mestilah dah ada bisnes yang berjaya. Kita tak nak tersalah pilih orang yang lingkup tapi pura-pura jutawan. Hampeh.

Kedua, mentor yang anda pilih itu mestilah dah bantu orang lain berjaya. Supaya kita yakin yang apa yang diajarkannya berkesan dan proven success.

Ketiga, mentor yang anda pilih itu mestilah dah berjaya atau lagi patut, seorang jutawan.


 

Keempat dan paling penting, mentor yang anda pilih itu mestilah sudi ajar anda. Kalau anda aim Donald Trump sekalipun kerana kehebatannya tapi kalau dia sendiri tak pandang anda macamana nak menuntut ilmu tu.

Habis sudah tips kedua. Bakal menyusul tips ketiga. Selamat mencari mentor!
 

Tips : Hilang Penat

Hi. Saya nak tunjukkan gambar cupcakes box yang saya promosikan seminggu dua ni dan memang mendapat sambutan hangat. Kotak pun dah habis tapi ramai masih menempah jadi saya terpaksa jual. Terpaksa jual. Dah diorang tanya..


 
Tapi disebabkan ofis saya dah block laman web popular berunsurkan hiburan macam Facebook, saya tak dapat transfer gambar dari sana ke sini. Dalam hp ada tapi hp saya masih bukan lagi  level smartphone nak taip post dari situ.

Jadi dengar saya kongsi tips hilang penat ya.


 
Saya sangat penat. Ini bukan keluhan tapi kenyataan. Dan saya sangat bersyukur sebab penat ini tandanya saya sedang membuat kerja dan membuatnya sehabis baik, barulah rasa penat ada. Sejak seminggu ini saya bangun ke pejabat (saya masih kerja full time di KL) awal pagi, sampai Seremban sebelah malam, dan ada masa dari 9mlm ke atas sahaja untuk mula membakar kek dan cupcake. Sejak seminggu ini saya tidur jam 2-3pagi menyiapkan pesanan sahaja.


 
Saya belum lagi ke tahap mengambil pekerja sambilan. Tunggu website special saya dilancarkan baru saya akan bersiap sedia awal-awal dengan runner, baker, packer dan lain-lain secara perlahan-lahan.

Rasa positif ini kena dikekalkan. Bukan senang nak mengekalkan positif vibes dalam diri sejak 3 minggu yang lalu. Adanya kumpulan maya yang tegar menyokong dan mewujudkan suasana positif ini sangat-sangat membantu saya terus mara selangkah demi selangkah ke hadapan.

Nanti di post yang kemudian saya kongsikan gambar cupcakes!

May 22, 2014

Tips : Mula Berniaga I

Hi. Selamat hari Jumaat. Rasa macam sambut hari raya pula. Mana taknya kawan-kawan alumni seminar DAO (Dr. Azizan Osman) dari semalam mengingatkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan hari ini. Pahala melimpah Allah nak bagi, orang ego sahaja akan rasa 'tak heran'. Saya tahu, pembaca saya semuanya bijak bestari lagi cepat dari saya, entah-entah dah habis baca Surah al-Kahfi pun.

Cakap pada diri sendiri, 'You are awesome'.

p.s. Jangan lah terkejut. Memang saya akan gunakan pendekatan yang saya dah saya belajar di sini. Jadi ya, anda pun kena buat. Buat je takda sapa nampak..kalau pemalu sangat anda tak akan belajar apa-apa.


Sekarang mari kita tengok apa tips untuk mula berniaga.

Pertama, anda kena tahu satu perkara yang SANGAT penting. Kita hidup di dunia ni memang pakai duit. Anda perlu duit. Tetapi untuk hidup selesa di dunia ini, saya cakap terang-terang anda kena ada duit yang banyak. Kejap, kejap. Saya ada terdengar suara negatif tengah berbisik-bisik. Diam sekejap semua, bagi saya dengar. Oh..suara itu cakap,

'Materialistiknya..'

'Tiada duit pun boleh hidup bahagia lah..'

'Orang kaya semua kedekut..sombong..'

Suara ini semua sebenarnya ialah anda. Anda terlalu bersangka buruk terhadap duit. Akak abang, duit ialah kurniaan Allah. Makhluk macam manusia, padanya ada kebaikan dan keburukan.

Anda tengok, bayi perlu duit untuk beli susu, ibu perlu duit untuk beli keperluan rumah, ayah perlu duit untuk bayar yuran sekolah anak. Mari kita mula melihat dunia ini secara realistik, boleh? Cakap pada diri sendiri, 'Anda kaya dan berjaya'.


 
Pembaca yang dikasihi, bila anda perlu duit, bukan bermakna anda materialistik. Maaf saya cakap, banyak antara kita mentalitinya berperasaan buruk pada duit tapi sepanjang dia hidup sehingga sekarang duitlah yang dicarinya. Untuk kes begini saya katakan duit takkan pernah cukup dalam hidupnya. Sebab dia menganggap duit punca masalah, duit pun tak suka datang dekat dia. Hello, duit pun makhluk. Dia berzikir sama seperti batu dan pokok.

"What you expect is what you get." Tentu anda pernah dengar.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, Allah berfirman

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.”
(Muttafaqun ‘alaih)
 
 
Konklusi point pertama saya ialah, anda perlu terima hakikat bahawa duit itu perlu. Dan dalam jumlah yang banyak. Dan..langkah pertama anda kena buat ialah tukar perasaan anda kepada duit, dengan merasakan benda-benda positif terhadap duit. Boleh ke boleh?
 
Lain kali saya ceritakan tips yang kedua pula. Beri tepukan pada diri sendiri. Cakap, 'Anda kaya dan berjaya'.

Pengalaman hadir Bangkit Berniaga 2014


Alhamdulillah. Akhir April 2014 saya sempat menghadiri sesi Bangkit Berniaga yang terakhir tahun ini di MITC, Melaka. Sebenarnya saya baru sahaja tahu kewujudan sesi BB dua, tiga hari sebelum seminar dan buat keputusan hadir. Yelah lagipun FREE dan dekat dengan Seremban. Tapi yang sedihnya tiada yang menemani. Masing-masing ada hal jadi saya ke sana seorang diri. Sedih memang sedih. Sudahlah saya terbangun lewat, seminar pula akan mula jam 8pagi. Jam 8pagi pula saya masih di rumah di Seremban, baru nak bersiap-siap. Pasti saya lewat!

Jadi saya menghasut diri sendiri untuk tidak hadir. Dah lewat pun nanti masuk tengah-tengah program banyak pula ketinggalan. Saat ini saya tidak tahu yang ada biawak yang besar hidup sebagai parasite dalam diri saya. Biar benar!

Hujah punya hujah, saya katakan pada diri sendiri alang-alang dah daftar tu pergi sajalah. Tak rugi apa. FREE pula tu. Jadi sudut positif dalam diri saya semakin positif. Tak mahu fikir panjang nanti biawak makan jalan, saya terus siap dan mula memandu masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan.


 
Syukur sampai dengan selamat. Sampai saja tengok dah tiada orang di luar dewan. Semua dah daftar di kaunter dan masuk ke dalam. Malu jugak nak tegur crew yang bertugas tapi saya tebalkan muka, senyum dan tanya.

'Kat mana nak daftar ye?' Saya tanya pada seorang lelaki gaya macam gedik-gedik, senyum bukan main manis, pipi kembung macam Anita Sarawak. (Tak baik kan tapi memang saya pun pelik dengan lelaki tu)

'Kat sana ya', jawab lelaki tu tersenyum lebar. Mesra sungguh.

Habis daftar, saya pun masuklah ke dewan. Penuh. Sesak. Dalam 2000 orang pun ada. Terpaksalah saya duduk barisan paling belakang. Paling tak tahan, dewan menjadi panas sebab ramainya manusia di dalamnya.

Apa yang berlaku sepanjang program tidak akan saya ceritakan. Tak tahulah nak kongsi bagaimana. Yang pastinya dalam perjalanan balik ke Seremban saya menangis dan menangis.

 
Nasihat ikhlas saya, bagi sesiapa yang belum hadir, tak berminat nak hadir sebab tengok iklan Dr.Azizan Osman macam poyo sangat..hadirlah. Tiada apa pun nak dirugikan. Silap silap anda tersilap dan akan rasa sangat berterima kasih kepada Dr.

Tak percaya? Percayalah..!

May 20, 2014

Tips murah rezeki

Hi semua.

Dah lama tak menaip. Rindu serindu-rindunya pula. Insyaallah mulai hari ini akan konsisten menulis, paling tidak 3 kali seminggu. Boleh ke boleh? Ya, saya boleh.

Hari ini nak kongsi tips murah rezeki. Baru tadi dengar semasa kuliah zuhur. Sangat-sangat bermanfaat dan menyentuh tangkai jiwa. Saya cadangkan bagi yang banyak menghadapi masalah dalam hidup, e.g. suami-isteri, kesempitan kewangan, anak nakal dan sebagainya, untuk belajar praktikkan tips ini mulai sekarang. Ya, sekarang.



Siap sedia?

Sebelum itu menjadi impian semua orang nak kaya. Siapa tak nak? Dunia akhirat. Kalau boleh nak suami soleh, rumah besar, kereta besar, duit banyak, pakaian cantik kan. Berita gembira, Allah suka hambaNya yang kaya dunia (bagus kewangan, keluarga dan kedudukan) dan kaya akhirat (beriman sebenar-benarnya). Jadi tak salah berimpian ya.

Mari saya bongkar rahsianya.

[Ibrahim:31]
Pertama, banyakkan solat dan sedekah. Lazimkan solat rawatib sebelum subuh, zuhur, asar dan selepas maghrib, isyak. Tambah lagi solat taubat, hajat, istikharah tiap-tiap hari. Tambah lagi solat dhuha 4-8 rakaat. Banyak? Lazimkan dan anda akan terkejut dengan rezeki yang mula tak henti-henti melimpah ruah masuk. Janganlah lalu kotak derma, anda masukkan RM1 sahaja. Tak menjadi!

Prinsipnya senang. Anda berkira dengan Allah, Allah lagi berkira dengan anda. Anda pemurah dengan Allah, Allah akan bersikap maha pemurah dengan anda. Anda kena mula percaya perintah Allah di surah Ibrahim ini. Percaya tapi tak buat macam mana? Buat tapi berkira? Tak ke itu tanda anda masih ragu-ragu dengan janji Allah?

Lepas ini lalu je kotak derma, keluarkan note paling besar anda ada, niatkan sungguh-sungguh ini untuk kedua ibu bapaku, untuk keluargaku, untuk perniagaanku, Bismillah..masukkan duit dengan penuh yakin. Insyaallah anda yakin, Allah semakin yakin memberi nikmatnya.




Boleh ke boleh? Itu saja dulu. Tahniah, anda kaya dan Berjaya. Cakap pada diri sendiri, you are a millionaire.

-Hanna