Hi semua.
Bagi anda yang mengikuti perkembangan page Fb saya : Hanna Mahat, di sana saya ada membincangkan masalah home bakers di luar sana dalam menyediakan Red Velvet. Anda boleh lihat post pada awal bulan 6 saya dah mula bincangkan sedikit demi sedikit masalah mereka.
Kembali kepada topik. Secantik namanya Red velvet..seharum bau, selembut rasa, menyamankan deria. Siapa tidak suka pada merah baldu lembutnya. Sekali rasa pasti terpikat. Anda tak cuba anda tak tahu.
Pada pendapat saya Red velvet yang baik seharusnya boleh stand-out tanpa krim cheese.Ya saya merujuk kepada rasa kek yang wangi baunya, sangat lembut teksturnya dan cukup walaupun sekadar kek tanpa krim. Kerana krim cheese mempunyai rasa yang agak unik jika kuantiti yang banyak boleh menenggelamkan rasa kek Red velvet. A hint of cream cheese sudah memadai untuk melengkapi rasa kek Red velvet yang..umphh!
Kalau anda belum pernah rasa Red velvet yang sebenar-benarnya anda harus cuba resipi ini. Setiap resipi seharusnya dipelajari oleh gurunya dari A-Z terutama Red Velvet, ada twist and trick pada beberapa langkah kita akan tengok nanti.
Red Velvet (menghasilkan 20 biji saiz standard)
Bahan
A
250 g butter
280 g brown sugar
B
200 g yogurt
2 sudu besar pewarna merah + 1 sudu besar pewarna orange red
C
250 g tepung superfine + (50 g jika untuk cupcake)
1 sudu teh nescafe (campur sikit air jadi pes)
D
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh Heinz vinegar
Cara
1. Campur B, gaul, ketepikan. Biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
Tujuan : Kita nak pastikan warna merah menyerap masuk sepenuhnya.
2. Pukul A sampai kembang.
Tujuan : Adunan yang kembang berwarna putih menandakan cukup udara untuk memastikan kek naik dengan baik. Pastikan kelajuan mixer tinggi.
3. Masukkan B dan C berselang seli. Jangan lupa pes nescafe.
Tujuan : Supaya adunan dapat bertindak secara perlahan-lahan dengan sempurna dan mengambil udara secukupnya. Saya buat C-B-C-B-C. Pastikan kelajuan mixer paling rendah. Nak senang guna wooden paddle sahaja. Kita tak nak over mix tepung terutamanya.
4. Dalam bekas berbeza gaul D dan masukkan terus ke dalam adunan. Sebatikan.
Tujuan : Jika digaulkan D terlalu awal adunan akan pahit nanti. Perkara terakhir yang anda nak ialah kek yang pahit.
Pastikan semua bahan sudah sebati. Boleh kacau dengan paddle atau pukul laju 15-20 saat.
Bakar kek 40 minit / cupcake 30 minit
Suhu 180 Celcius
Jangan! Jangan buka pintu oven pada separuh masa pertama. Kek akan mendap kerana kehilangan udara panas bila anda buka pintu oven tadi.

No comments:
Post a Comment