June 9, 2014

Tips Murah Rezeki 2

Hi semua.

Kembali kita dengan tips murah rezeki yang kedua. Oh ya. Siapa yang tak mahu murah rezeki kan?

Cuma selalu kita merasakan pintu rezeki agak ketat, dan kita merasakan sentiasa tidak cukup, sentiasa dirudung perasaan negatif, marah, dan yang PASTI duit tak pernah cukup.

Percaya atau tak, ini symptom biasa kebanyakan orang Melayu kita. Percayalah. Saya tak terkecuali cuma untuk kes seperti saya, saya dalam proses mengeluarkan diri saya dari perangkap Kemiskinan supaya rezeki lebih senang melekat.

Dan saya sedang menikmatinya dengan penuh gembira. Hanna, anda kaya dan berjaya. Tahniah.

Sebelum ini saya kupas tips pertama dari sudut amalan sunat. Boleh tengok di sini. Untuk yang kedua ini, jom kita borak santai dari sudut The Power of Mind.

Boleh ke boleh? Let's go.

Power of Mind

Buka mata dan telinga luas-luas. Saya nak bagitahu satu perkara. Minda kita sangat-sangat berkuasa! Very powerful tool. Anda berjaya ubah sikit sahaja cara berfikir, anda akan kaya dan berjaya. Anda ubah habis 360 darjah, anda akan lihat sesuatu yang tak pernah dibayangkan.

Senang cerita, anda akan merasakan seolah-olah penutup mata anda dibuka. Terbuka segala rahsia dunia ini yang tertahan dek pemikiran lapuk anda. Seperti saya yang menangis bila wayar kepala dibetulkan semula, bukan sebab sakit tapi hijab pemikiran saya diangkat dan Allah memberi satu dimensi yang saya fikir, 'What, how on earth I never see this!'.



Anda kena mahu untuk diubahkan, baru ini menjadi. Saya kenal Dr. Azizan Osman di Youtube sebelum membuat keputusan hadir Bangkit Berniaga April 2014, kemudian terus nekad mendaftarkan diri ke MMM (Millionaire Marketing Mastery) April 2014. Saya tahu saya kena berubah. Kehidupan jenis ini tidak saya suka. Dan saya cabar diri sendiri untuk mengambil langkah pertama. Alhamdulillah saya berjaya dan sedang laju menjadi kaya dan berjaya.

Minggu ini saya dan keluarga tercinta saling menyahut cabaran dan akan hadir ke IMKK (Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan) Jun 2014. Saya tahu saya tidak boleh berseorangan menjadi kaya dan berjaya, nak tak nak kena heret yang lain juga menjadi kaya dan berjaya. Sama-sama kaya dan berjaya.

 

Dan ini semua bermula dengan satu kemahuan dan pengakuan, saya perlu berubah. Saya perlu pertolongan untuk berubah. Dalam sekelip mata, Allah datangkan Dr.Azizan kepada saya dan keluarga.

Cuma satu. Siapa yang tergolong dalam kategori di bawah ini sila JANGAN hadir IMKK.
  • Orang yang Tidak Komited untuk membantu diri dalam perubahan
  • Orang yang Tidak mampu meluangkan masa & usaha.
  • Orang yang Tidak mahu memberikan tumpuan untuk mencapai matlamat yang jelas.
  • Orang yang Tidak boleh melakukan perkara yg lebih luar biasa.
  • Orang yang Begitu selesa dengan kehidupan di kelilingi hutang.
     
  • Orang yang tidak mahu berubah untuk kesenangan dan keselesaan orang tersayang.

June 4, 2014

Resipi : Red Velvet

Hi semua.

Bagi anda yang mengikuti perkembangan page Fb saya : Hanna Mahat, di sana saya ada membincangkan masalah home bakers di luar sana dalam menyediakan Red Velvet. Anda boleh lihat post pada awal bulan 6 saya dah mula bincangkan sedikit demi sedikit masalah mereka.

Kembali kepada topik. Secantik namanya Red velvet..seharum bau, selembut rasa, menyamankan deria. Siapa tidak suka pada merah baldu lembutnya. Sekali rasa pasti terpikat. Anda tak cuba anda tak tahu.

Pada pendapat saya Red velvet yang baik seharusnya boleh stand-out tanpa krim cheese.Ya saya merujuk kepada rasa kek yang wangi baunya, sangat lembut teksturnya dan cukup walaupun sekadar kek tanpa krim.  Kerana krim cheese mempunyai rasa yang agak unik jika kuantiti yang banyak boleh menenggelamkan rasa kek Red velvet. A hint of cream cheese sudah memadai untuk melengkapi rasa kek Red velvet yang..umphh!

Kalau anda belum pernah rasa Red velvet yang sebenar-benarnya anda harus cuba resipi ini. Setiap resipi seharusnya dipelajari oleh gurunya dari A-Z terutama Red Velvet, ada twist and trick pada beberapa langkah kita akan tengok nanti.

Red Velvet (menghasilkan 20 biji saiz standard)

Bahan
A
250 g butter
280 g brown sugar

B
200 g yogurt
2 sudu besar pewarna merah + 1 sudu besar pewarna orange red

C
250 g tepung superfine + (50 g jika untuk cupcake)
1 sudu teh nescafe (campur sikit air jadi pes)

D
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh Heinz vinegar

Cara
1. Campur B, gaul, ketepikan. Biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
Tujuan : Kita nak pastikan warna merah menyerap masuk sepenuhnya.

2. Pukul A sampai kembang.
Tujuan : Adunan yang kembang berwarna putih menandakan cukup udara untuk memastikan kek naik dengan baik. Pastikan kelajuan mixer tinggi.

3. Masukkan B dan C berselang seli. Jangan lupa pes nescafe.
Tujuan : Supaya adunan dapat bertindak secara perlahan-lahan dengan sempurna dan mengambil udara secukupnya. Saya buat C-B-C-B-C. Pastikan kelajuan mixer paling rendah. Nak senang guna wooden paddle sahaja. Kita tak nak over mix tepung terutamanya.

4. Dalam bekas berbeza gaul D dan masukkan terus ke dalam adunan. Sebatikan.
Tujuan : Jika digaulkan D terlalu awal adunan akan pahit nanti. Perkara terakhir yang anda nak ialah kek yang pahit.

Pastikan semua bahan sudah sebati. Boleh kacau dengan paddle atau pukul laju 15-20 saat.

Bakar kek 40 minit / cupcake 30 minit
Suhu 180 Celcius

Jangan! Jangan buka pintu oven pada separuh masa pertama. Kek akan mendap kerana kehilangan udara panas bila anda buka pintu oven tadi.
 

June 2, 2014

Sharing : Belajar di sekolah

Kali ini saya kembali untuk berhuhahuha lebih lama. Takut tak?

Sebelum ini saya ada berkongsi pengalaman saya bekerja sambilan di Giant sebagai Cashier. Ya pelajar 13A SPM ini telah sudi merafak sembah untuk melukut di gantang sana menimba ilmu dan pengalaman orang kebanyakan. Boleh baca di link ini.


 
 
Di entri kali ini saya nak cerita kisah saya di sekolah menengah dulu. Mana dulu, KGV atau Samura?

Bagi saya fikir. Jap.

Jap.

Jap.

KGV lah.Sekolah campur pertama saya. Hi semua yang tak tahu saya. Saya ini orangnya pemalu. Tapi handal menulis sebab itu blog ini sangat sangat ekslusif sebagai tempat saya bercerita bak penglipur lara. Dekat luar tak ada maknanya. Saya memang pemalu. Kalau my sisters tengok gambar-gambar lama kami, mesti semua tergelak sambil tunjuk gambar saya yang senyum malu memandang kamera. Jadi bila masuk sekolah KGV yang campur sebati lelaki perempuan, susah. Hadoi. Kalau dengan perempuan saya malu sekali ganda, dengan lelaki 10 kali ganda. Minggu pertama persekolahan saya berjalan tunduk pandang lantai. Tak tipu. Tak percaya cuba tengok kalau ada kesan calar kat mana-mana tiang/dinding KGV itu semua kerja saya. Ok ini lawak. Alah gurau pun tak boleh. Cuba senyum sikit :)

 

Belajar memang senang. Kacang. Takda riak apa tapi itu hakikatnya. Exam Geografi saya belajar semalamam sampai jam 12mlm, tidur, esok rileks je ambil ujian dapat score 96/100. Bila dah besar boleh berfikir luas sikit baru saya rasa sangat-sangat bersyukur Allah bagi otak yang senang nak masuk, keluar, masuk, keluar.

Lawan saya bukan orang Melayu. Saya tumpukan pada pelajar Cina dan India yang semangat belajarnya luar biasa sikit dari pelajar Melayu. Ada menang, ada kalah. Yang pasti di akhirnya kami masih berjabat tangan dan membalas senyum.

Kalau tak silap masa kegemilangan saya ialah masa tingkatan 2 dan 3. Masa itu belajar macam minum air. Senang dan mudah. Saya selalu rasa pelik dengan kawan-kawan yang alami masalah kesukaran belajar..result tak gempak..cikgu ajar tak faham..pelik, pelik.

Paling saya berterima kasih ibu saya yang selalu spot check malam-malam tengok saya belajar atau ponteng tidur. Ini hanna, pelajar paling rajin di rumah lah. Homework terbaik, nota terbaik. Warna-warni!


Walaupun agak pemalu tapi saya sangat minat bersukan olahraga. Memang awesome! Bayangkan dari sekolah rendah dah dapat anugerah Olahragawati terbaik, takkan nak berhenti..lagipun memang minat habis sukan olahraga. Saya lari tak lah laju macam kilat, tinggi pun tak berapa tinggi, boleh lah sikit-sikit.


 
Masuk tingkatan 3 saya mula pandai bermain dengan tepung dan mentega. Tambah serbuk koko sikit jadilah muffin coklat. Kadang-kadang tebal muka bawa ke sekolah bagi kawan rasa. Bila semua berebut rasa, perasan jadi femes sekejap. Yelah orang sudi makan air tangan kita.

Percaya tak percaya oven masa saya tingkatan 3 tu masih saya gunakan hingga ke hari ini untuk jualan biarpun dah dekat 10 tahun usianya. Oven baru dibeli masih mengada-ada, sikit rosak. Ini masih di bengkel sudah 3 minggu merajuk agaknya tak nak balik rumah.

Hujung minggu ni nak kena pujuk boyfriend saya yang kedua tu. Si oven baru. Marilah pulang rumah. Boyfriend pertama sudah tua tak larat nak marah.

Tak faham tak apa. Yang penting saya sendiri geli hati.