April 21, 2014

Sharing : Belajar dan bakeri

Hi semua.

Kalau diingatkan balik saya rasa zaman belajarlah waktu yang paling lapang dan seronok dibandingkan dengan zaman bekerja dan berkahwin. Ha saya belum berkahwin tapi saya agak saja. Saya ingat lagi dalam 5 hari itu mesti ada sekurangnya sehari dua tiada kelas. Sebabnya waktu menyusun jadual kelas saya akan cuba memuatkan kelas-kelas dalam hari yang sama. Hari kosong itu saya tidur dan berehat sehabisnya. Maklumlah saya ni bukanlah rajin sangat melainkan ada yang beri motivasi. Memang pemalas!

Bila dah jadi orang bekerja ni baru saya teringatkan zaman belajar yang super rileks dan alangkah baiknya kalau saya sudah mula berniaga bisnes kek dan cupcakes sejak dulu. Apatah lagi bahan-bahan bakeri sangat mudah didapati bahkan di kedai runcit biasa atau supermarket. Harga sangat murah tau. Bayangkan frosting untuk salut kek tu harganya cuma USD$1 sahaja. Cake mix pula USD$1 kalau tengah sale harga menjunam USD$0.79!




Lagipun bakeri adalah benda biasa dalam kehidupan orang di sana. Maksud saya bukan bakeri ala Baker's Cottage atau King's tapi bakeri café yang penuh dengan kek yang cantik-cantik, cupcakes yang pelbagai warna dan jenis itu.





Padahal saya ni memang minat baking jadi bila tak memanfaatkan peluang sepenuhnya rasa rugi pulak. Jika tak boleh saya beli baking pan, ingredients yang bukan main eksotik, murah pula tu dan bawa balik Malaysia. Simpan stok.

Sesampai saya di Malaysia saya tidak terus mendapat kerja. Susah! Graduan luar negara pun terpaksa menganggur 9 bulan sebelum takut-takut menerima kerja di syarikat swasta. Itulah saya. Bukan apa JPA mengikat graduan tajaannya setahun selepas grad sebelum melepaskannya kerja dengan sesiapa pun. Jadi dalam tempoh 9 bulan menganggur tu saya ingat saya hot stuff. JPA berebut nak tawar kerja. Maka saya jadi tak bijak dengan tak memohon apa-apa kerja. Memang bijak!

4-5 bulan duduk di rumah menghabiskan beras dan kuah, ibu saya mula bising. Lebih kepada mengamuk. Menasihati saya jadi produktif. Tak dapat kerja berkaitan bidang, kerja part-time jadi lah. Jangan asyik menghabiskan beras ibu saja, kiasnya.

Part-Time

Dan saya mengheret kaki ke Giant Terminal One. Apply jadi cashier terus dapat. Maklumlah Matematik Tambahan A1 SPM. Tersengih saya tengok kakak HR tu pandang slip SPM saya lama-lama. Segan lah. Sempat saya pesan jangan bocor rahsia pada pekerja lain, nanti malu saya.

Bila orang buat bodoh pada saya, saya diam tak mahu membalas. Bila orang curi duit mesin saya, saya diam tak mahu menuduh yang bukan-bukan. Bila customer tengking saya, saya diam malas nak jadi bodoh macam dia. Tapi di belakang saya menangis dan sedih.

Orang mula mengambil kesempatan atas imej naif yang saya tampil. Jaga korang! Saya doakan korang dapat hidayah. Takut tak?

Terbongkar

Saya bukan lelaki

Dan menjelang bulan terakhir saya sebagai cashier, rahsia yang saya simpan rapi terbocor. Ramai pekerja dah tahu saya ni graduan luar negara. Pelajar kejuruteraan. Result SPM saya boleh buat mata berpinar kononya. Mulai saat itu ramai mula menghormati saya. Respect saya. Cakap baik-baik dengan saya. Sapa segan-segan dengan saya. Untuk apa bertopeng? Tak perlu!

Bulan seterusnya saya berhenti kerja dengan penuh kesyukuran atas pengalaman dan ilmu yang sangat berharga ini. 4 bulan kerja sebagai orang biasa dan tengok apa norma masyarakat yang saya lihat? Mereka menilai seseorang melalui kerja/taraf pendidikan. That is how sad most of our people are.

Next entri saya akan kongsi benda lain pula. Jumpa lagi.
 

Charity : April Project :: Syria

APRIL CHARITY PROJECT:: Syria & Cupcakes Combo 1 (sila bc smpi habis)

Bismillah. Bagi yang dah lama pasang niat nak menderma sambil makan tu, berita baik.
 

 [Brief] Utk projek bulan April kali ini sy membawakan Tabung Kasih Ummah Syria oleh IKRAM4Syria (i4s) https://www.facebook.com/ikram4syria (click link for more info) sbg tanda kasih syg & ingatan kita kpd penduduk Syria yg dinafikan hak kemanusiaan mereka. Hak apa? Click link td. Kalau tak pm sy story.

 

 [Cupcakes Combo] Dalam tiap kotak akan ada 6 pc cupcakes (2 ea of Red Velvet, Tie-Dye & Triple Chocolate). Ya, ketiga-tiga flavor. Harga cuma RM15 sekotak.

[Konsep Charity] Sy tak letakkan portion charity dlm harga td. Anda tentukan sndri dan tmbh dlm pbayaran nnt. Di akhir jualan sy akan kumpul jumlah derma & transfer. Sebab knp sy buat mcm tu ialah tak semua mmpu menderma pd nilai yg sama. Begini anda akan lg selesa. Ok?

*Drumroll* So, tempahan dibuka sekarang! fb/sms/whatsapp 01129703644. Ada 50 kotak semuanya, habis kotak tempahan ditutup. So cepat!

pick up : Seremban/KLCC/Bangi (Petronas Sek 3)

p.s. Act your part. Spread the news. Tq.

April 16, 2014

Wedding : November 2013

I know, I know.. It's kind of late to post this, I'm sorry. But actually I just realized that this important wedding is not yet posted in this blog. How could I, I know..

Well this was my friend's wedding. I offered to bake her wedding cake given special discount (family/friend discount so cute I know) and the process was tedious - 3-tier cake, 200 cupcakes and 200 mini cakes. I barely slept and so my other two assistants - mom & sister. They are the best!


3-tier wedding cake. Base & 2nd tier - chocolate

I couldn't recall the instrument name..ops.

chocolate or vanilla cupcake - swiss meringue buttercream - white chocolate topper



She really looked gorgeous in her stunning dress!

The mini cake as souvenir for guest



Inside the mini cake - I was surprised with the chocolate cake. It was really MOIST.



Sisters forever.

April 9, 2014

All about Cupcakes!

Hi. Are you craving for something sweet, but just a bit will do? I think you should try this, cupcakes box! Have yourself one piece and share the rest with others. Fair and square. The price range should vary between RM 24 - RM 63 depends on the flavor, size and quantity. Don't trouble yourself. Just refer to the right side of this page. --->

Again don't forget to visit my Facebook page https://www.facebook.com/hannamahatstudio and like it.

To order please text me at 01129703644 or through Fb. Thank you.

Bachelorette Party RM40
Cupcake with fondant
 
 

 Engagement Party RM50
Cupcakes with Egg-Free Cream
 
 
 
Can you spot? RM40
#Red Velvet with Cream Cheese Frosting
#Chocolate Mudcake
#White Mudcake
#Ganache-d Cupcake
 
 


All about Cakes!

Hi. It has been super long since I last updated something here. Sooooryyyy. It is either I was too busy with work, or baking, or just deluded that I was busy with both.

So I am here to make up all that and please promise me to come back again? (:

And don't forget to visit my Facebook page https://www.facebook.com/hannamahatstudio and like it.

To order (cakes, cupcakes etc) please text me at 01129703644. Thank you.

 

 RM85
 
 
 
 RM85
 
 
 
 RM45
 
 
 
 RM85
 
 
 
 RM35
 
 
 
 RM55
 
 
 
 RM35
 
 
 


RM35
 
 
 
RM55